Sunday, March 14, 2010

Gladys Pelajar Terbaik SPM 2009..


PEDOMAN KITA..........



Berita mengenai Gladys.....

Perasaan:"Saya terkejut dan sukar nak percaya bila diberitahu yang saya pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di negara ini," kata Gladys Tan Yee Kim.

Resipi kejayaan: dia tidak mempunyai sebarang formula khusus untuk mencapai kejayaan melainkan memberi sepenuh perhatian ketika mengulang kaji pelajaran.

Pencapaian: Gladys memperoleh semua A+ dalam 10 subjek yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengetahuan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Fiziks, Kimia dan Biologi.

Kegemaran dan kewajipan: Gladys yang gemar bermain piano dan membaca buku memberitahu, mendekatkan diri kepada tuhan merupakan faktor penting yang banyak membantu kejayaannya selama ini."Tanpa tuhan, sudah tentu saya tidak dapat melakukan perkara ini (10A+) dan saya tujukan kejayaan ini kepada tuhan dan ibu bapa saya, '' kata anak kepada pasangan John Tan Hui Hua, 62 dan Mary Lim Beng Biaw, 49.

kita sbg pelajar yg akan menduduki SPM pd masa akan dtg jdknla resipi kejayaan Gladys sbg pedoman utk kita terus berjaya..knapa org lain bleh kita pula tak bleh????otak kita sama,guru-guru yg sama rata pendidikan,anggota badan kita sama,masa kita(24 jam) sama tp knapa pencapaian kita tak sama sebab utama adalah TIDAK BERUSAHA....Jgn cari alasan tp cuba cari sebab knapa kta tak berjaya...apa yg tak ada kat kita yg ada pada mereka yg telah mencapai kejayaan.....






No comments:

Post a Comment